Sunday 8 April 2012

LAWATAN ILMIAH KE TAMAN HERBA NASUHA

Pusat sumber SMK Seri Serdang telah menganjurkan lawatan ilmiah ke Taman Herba Nasuha di Muar, Johor pada 31 Mac 2012. Lawatan ini disertai oleh 24 orang guru dan 16 orang pelajar. Peserta telah diberikan taklimat oleh pemilik Taman herba Nasuha iaitu Tuan Haji Nasuha mengenai khasiat herba daripada seluruh dunia yang boleh didapati di Taman Herba Nasuha. Peserta turut berpeluang melawat ke taman tersebut yang berkeluasan 3200 ekar.











PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN MENDERMA BUKU

Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku telah diadakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Dewan Seri pada pukul 7.30 pagi . Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis dan tayangan multimedia tentang kepentingan membaca. Di samping itu juga, Pengerusi Majlis telah menguar-uarkan tentang Kempen Derma Buku yang diadakan oleh pihak Pusat Sumber bagi tujuan menambah bilangan buku di Pusat Sumber. Pada pagi itu juga, pelajar-pelajar telah membuat persembahan “gimik” pelancaran Program NILAM dengan mengumpulkan buku-buku yang didermakan oleh para pentadbir dan guru-guru. Pada akhirnya dipertontonkan kepada semua warga sekolah tentang barangan berharga yang dicari-cari iaitu Buku NILAM.

Selepas persembahan “gimik” yang begitu menghiburkan daripada pelajar, Puan Pengetua telah dijemput untuk meramikan Pelancaran Program NILAM dan Kempen Menderma Buku Tahun 2012. Puan Pengetua begitu berharap agar budaya membaca dapat diterapkan dalam diri semua warga sekolah kerana budaya ini akan melahirkan generasi yang berilmu dan seterusnya memajukan sesebuah sekolah dan Negara. Beliau juga menyarankan agar semua warga sekolah memanfaatkan masa terluang dengan budaya membaca kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Sepanjang majlis pelancaran diadakan, semua pelajar telah dimaklumkan tentang tugas mereka untuk menambah bilangan buku yang dibaca supaya dapat dicatatkan dalam buku NILAM. Pihak Pusat Sumber Sekolah mengharapkan agar pelancaran yang telah dilangsungkan itu dapat menambahkan bilangan buku yang diderma oleh warga sekolah di samping peningkatan jumlah buku yang dibaca oleh semua pelajar.