Sunday 8 July 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS SMKSS

Kem Kepimpinan Pengawas PSS SMKSS telah diadakan pada 30 Jun 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kem yang dianjurkan oleh PSS SMKSS dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Ke-13 itu telah disertai oleh 36 orang pelajar. Objektif kem tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan tahap disiplin dan mewujudkan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, para peserta juga dapat mengenali UPM dengan lebih dekat serta peluang-peluang pengajian tinggi yang disediakan oleh kerajaan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Explorace Mengenali UPM.

Taklimat daripada fasilitator


Aktiviti menyusun peta


Peserta meniup tepung untuk mencari petunjuk.


 Para peserta sedang mencari petunjuk.


Para peserta tekun mendengar taklimat daripada fasilitator.



Penyampaian hadiah kepada para pemenang.