Sunday 8 July 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS SMKSS

Kem Kepimpinan Pengawas PSS SMKSS telah diadakan pada 30 Jun 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kem yang dianjurkan oleh PSS SMKSS dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Ke-13 itu telah disertai oleh 36 orang pelajar. Objektif kem tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan tahap disiplin dan mewujudkan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, para peserta juga dapat mengenali UPM dengan lebih dekat serta peluang-peluang pengajian tinggi yang disediakan oleh kerajaan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Explorace Mengenali UPM.

Taklimat daripada fasilitator


Aktiviti menyusun peta


Peserta meniup tepung untuk mencari petunjuk.


 Para peserta sedang mencari petunjuk.


Para peserta tekun mendengar taklimat daripada fasilitator.



Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Sunday 17 June 2012

ANUGERAH KHAS GURU BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 25 MEI 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang telah menjalankan aktiviti tahunan iaitu program anugerah khas kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru.  Buat julung kalinya, Pusat Sumber SMKSS telah menambah kategori bagi Anugerah Khas kepada tiga kategori iaitu Guru Penyayang, Guru "Supportive" dan Guru Humor.  Semua pelajar  telah terlibat  dalam pemilihan guru mengikut kategori yang ditetapkan. Pemilihan tersebut telah dijalankan pada 23 April 2012.

Objektif program Anugerah Khas Guru ini adalah bagi melatih para pelajar di SMKSS agar menjadi pelajar yang menghargai jasa dan sumbangan guru dalam mendidik mereka. 

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah mendapat pengiktirafan ini dan tidak lupa juga kepada semua warga pendidik SMKSS yang sangat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas.

PN ROHANI DAUD
(GURU PENYAYANG SESI PETANG)     

PN RASIAH MAHBUB
(GURU PENYAYANG TINGKATAN 6)


PN NORAINI MOHD AMIN
(GURU PENYAYANG SESI PAGI)

EN ABDUL GHALIB YUNUS
(GURU ‘SUPPORTIVE’ SESI PAGI)


PN CHEW KWEE HUA
(GURU ‘SUPPORTIVE’ TINGKATAN 6)


PN CHUAN MAY YOONG
(GURU ‘SUPPORTIVE’ SESI PETANG)

PN SITI ZUBAIDAH SALIM
(GURU HUMOR SESI PETANG)


PN ZALINAH ZAINAL ARIFFIN 
(GURU HUMOR SESI PETANG)

PN NOR RAFIDAH DAUD
(GURU HUMOR  SESI PAGI)

Sunday 8 April 2012

LAWATAN ILMIAH KE TAMAN HERBA NASUHA

Pusat sumber SMK Seri Serdang telah menganjurkan lawatan ilmiah ke Taman Herba Nasuha di Muar, Johor pada 31 Mac 2012. Lawatan ini disertai oleh 24 orang guru dan 16 orang pelajar. Peserta telah diberikan taklimat oleh pemilik Taman herba Nasuha iaitu Tuan Haji Nasuha mengenai khasiat herba daripada seluruh dunia yang boleh didapati di Taman Herba Nasuha. Peserta turut berpeluang melawat ke taman tersebut yang berkeluasan 3200 ekar.











PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN MENDERMA BUKU

Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku telah diadakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Dewan Seri pada pukul 7.30 pagi . Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis dan tayangan multimedia tentang kepentingan membaca. Di samping itu juga, Pengerusi Majlis telah menguar-uarkan tentang Kempen Derma Buku yang diadakan oleh pihak Pusat Sumber bagi tujuan menambah bilangan buku di Pusat Sumber. Pada pagi itu juga, pelajar-pelajar telah membuat persembahan “gimik” pelancaran Program NILAM dengan mengumpulkan buku-buku yang didermakan oleh para pentadbir dan guru-guru. Pada akhirnya dipertontonkan kepada semua warga sekolah tentang barangan berharga yang dicari-cari iaitu Buku NILAM.

Selepas persembahan “gimik” yang begitu menghiburkan daripada pelajar, Puan Pengetua telah dijemput untuk meramikan Pelancaran Program NILAM dan Kempen Menderma Buku Tahun 2012. Puan Pengetua begitu berharap agar budaya membaca dapat diterapkan dalam diri semua warga sekolah kerana budaya ini akan melahirkan generasi yang berilmu dan seterusnya memajukan sesebuah sekolah dan Negara. Beliau juga menyarankan agar semua warga sekolah memanfaatkan masa terluang dengan budaya membaca kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Sepanjang majlis pelancaran diadakan, semua pelajar telah dimaklumkan tentang tugas mereka untuk menambah bilangan buku yang dibaca supaya dapat dicatatkan dalam buku NILAM. Pihak Pusat Sumber Sekolah mengharapkan agar pelancaran yang telah dilangsungkan itu dapat menambahkan bilangan buku yang diderma oleh warga sekolah di samping peningkatan jumlah buku yang dibaca oleh semua pelajar.








Saturday 3 March 2012

MAJLIS PELANTIKAN LEMBAGA PENGAWAS PERKHIDMATAN SEKOLAH 2012

Majlis pelantikan telah diadakan pada
27 Februari 2012
di Dewan Seri SMK Seri Serdang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh
Puan Pengetua iaitu Pn Faizah bt Yusoff.
Ahli Lembaga Pengawas PSS Sesi 2012





Ketua Lembaga Pengawas PSS Sesi 2012,
Muhammad Suhaimi b. Roslee
sedang menandatangani surat Akujanji.


Thursday 19 January 2012


       
AJK Lembaga Pengawas PSS 2012


AJK Kelab Nilam 2012



             
                                            Pengawas-pengawas PSS yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2011


Saturday 7 January 2012

GAMBAR BILIK AUDIO VISUAL SEMASA PERTANDINGAN PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

 












Guru-guru dan pengawas-pengawas PSS yang bertugas semasa pertandingan PPDa Peringkat Kebangsaan pada 20 Oktober 2011.

SELAMAT TAHUN BARU 2012

PSS mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar.
PSS juga mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah memperoleh kejayaan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Pn Azlida Sedang menyampaikan taklimat tentang PSS
 kepada pelajar-pelajar tingkatan 1