Thursday, 18 April 2013

PENGUNJUNG BERTUAH PSS DAN PEMENANG KUIZ PSS.

Para pengunjung PSS yang bertuah bagi bulan Januari, Februari, dan Mac serta pemenang bagi Kuiz PSS telah diumumkan namanya pada 15 April 2013 yang lalu semasa sesi perhimpunan. Berikut adalah nama-nama pengunjung bertuah bagi kategori pelajar dan guru serta pemenang Kuiz PSS. Hadiah telah disampaikan oleh puan pengetua, Pn Faizah Bt Yusoff.

(a) KATEGORI PELAJAR
     JAN     -    i)  MUHD SAFWAN BIN ABD HAMID   (5 KREATIF)
                     ii) MUHD AIMAN                                     (1 NURANI)

     FEB     -   i)  IZAZI IZYAN BT BADRUL AZMI        (2 CEKAL)
                     ii) ERIC SELVA                                           (2 SABAR)

     MAC   -    i) SHANMUGA PRIYA                               (5 RASIONAL)
   
(b) KATEGORI GURU
     JAN     -   i)  PN. JEYA COWRI A/P SEEVARATNAM
                    ii) PN. NORAZIZAH BT AZMI

     FEB     -  i)  PN. SALMIAH BT MOHD GHAZALI
                    ii) EN. MOHD RHITAUDDIN BIN DARAIL

     MAC   -   i) PN. SURIANI BT MUHAMAD
                   ii) PN. LIM PHAIK SIEW

(c) Pemenang Kuiz PSS
     MAISARAH (3MULIA)


  
Pengunjung bertuah bulan Januari bagi Kategori Pelajar.

Pengunjung bertuah bulan Mac bagi Kategori Pelajar.

Pengunjung bertuah bulan Januari bagi Kategori Guru.

Pengunjung bertuah bulan Mac bagi Kategori Guru.
       
Pemenang Kuiz PSS.

PELANTIKAN LEMBAGA PERKHIDMATAN SEKOLAH

Pelantikan Lembaga Perkhidmatan Sekolah tahun 2013 telah diadakan pada 22 mac 2013 di Dewan Seri. Lembaga Perkhidmatan Sekolah terdiri daripada Lembaga Pengawas PSS, Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pengawas Koperasi, Lembaga Pengawas SPBT, Lembaga Pengawas Dewan, Lembaga Pengawas Kebersihan . Majlis Pelantikan ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Seri Serdang iaitu Pn Faizah bt Yusoff.
Ketua Pengawas PSS : Muhammad Rizal Rashidi b. Ramli  (Sesi pagi)
                                    Muhd Afnan Hafiz b. Taslim (Sesi pagi)
Pen.Ketua Pengawas PSS: Muhd danial b. Idris (Sesi petang)
                                          Mohd Sabir Ali b. Mohd Nazir Ali  (Sesi petang)


Ketua Pengawas PSS sedang menerima watikah pelantikan
daripada Pn Pengetua

Lembaga Pengawas PSS 2013

Wednesday, 16 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SMKSS 

 

 PSS KINI BERWAJAH BARU DAN SEMAKIN MENUJU GEMILANG, SEJAJAR DENGAN MISI DAN VISI SEKOLAH. PSS KINI TELAH DILENGKAPI DENGAN SISTEM AUTOMASI YANG TERKINI. PRASARANA YANG DISEDIAKAN BERKONSEPKAN MESRA PENGGUNA. DENGAN PERUBAHAN POSITIF INI DIHARAPKAN WARGA SMKSS DAPAT MEMANFAATKAN PSS DENGAN SEPENUHNYA. 

 

SELAMAT MEMBACA!!!

 

PSS BERWAJAH BARU DAN CERIA

 

PENGAWAS PSS BERGOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PSS

RUANG UTAMA PSS YANG TELAH DIBESARKAN UNTUK KESELESAAN WARGA SMKSS    

BILIK AV  YANG TELAH DI NAIK TARAF SUPAYA LEBIH KONDUSIF  




  PINTU UTAMA TELAH DINAIK TARAF KEPADA PINTU KACA






       WARGA SEKOLAH MENGIMBAS KAD PSS APABILA BERKUNJUNG KE PSS.

BERSAMA-SAMALAH KITA MENGGUNAKAN SETERUSNYA MENJAGA PSS KITA DENGAN BAIK... 

  

Sunday, 8 July 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS SMKSS

Kem Kepimpinan Pengawas PSS SMKSS telah diadakan pada 30 Jun 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kem yang dianjurkan oleh PSS SMKSS dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Ke-13 itu telah disertai oleh 36 orang pelajar. Objektif kem tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan tahap disiplin dan mewujudkan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, para peserta juga dapat mengenali UPM dengan lebih dekat serta peluang-peluang pengajian tinggi yang disediakan oleh kerajaan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Explorace Mengenali UPM.

Taklimat daripada fasilitator


Aktiviti menyusun peta


Peserta meniup tepung untuk mencari petunjuk.


 Para peserta sedang mencari petunjuk.


Para peserta tekun mendengar taklimat daripada fasilitator.



Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Sunday, 17 June 2012

ANUGERAH KHAS GURU BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 25 MEI 2012

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang telah menjalankan aktiviti tahunan iaitu program anugerah khas kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru.  Buat julung kalinya, Pusat Sumber SMKSS telah menambah kategori bagi Anugerah Khas kepada tiga kategori iaitu Guru Penyayang, Guru "Supportive" dan Guru Humor.  Semua pelajar  telah terlibat  dalam pemilihan guru mengikut kategori yang ditetapkan. Pemilihan tersebut telah dijalankan pada 23 April 2012.

Objektif program Anugerah Khas Guru ini adalah bagi melatih para pelajar di SMKSS agar menjadi pelajar yang menghargai jasa dan sumbangan guru dalam mendidik mereka. 

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah mendapat pengiktirafan ini dan tidak lupa juga kepada semua warga pendidik SMKSS yang sangat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas.

PN ROHANI DAUD
(GURU PENYAYANG SESI PETANG)     

PN RASIAH MAHBUB
(GURU PENYAYANG TINGKATAN 6)


PN NORAINI MOHD AMIN
(GURU PENYAYANG SESI PAGI)

EN ABDUL GHALIB YUNUS
(GURU ‘SUPPORTIVE’ SESI PAGI)


PN CHEW KWEE HUA
(GURU ‘SUPPORTIVE’ TINGKATAN 6)


PN CHUAN MAY YOONG
(GURU ‘SUPPORTIVE’ SESI PETANG)

PN SITI ZUBAIDAH SALIM
(GURU HUMOR SESI PETANG)


PN ZALINAH ZAINAL ARIFFIN 
(GURU HUMOR SESI PETANG)

PN NOR RAFIDAH DAUD
(GURU HUMOR  SESI PAGI)

Sunday, 8 April 2012

LAWATAN ILMIAH KE TAMAN HERBA NASUHA

Pusat sumber SMK Seri Serdang telah menganjurkan lawatan ilmiah ke Taman Herba Nasuha di Muar, Johor pada 31 Mac 2012. Lawatan ini disertai oleh 24 orang guru dan 16 orang pelajar. Peserta telah diberikan taklimat oleh pemilik Taman herba Nasuha iaitu Tuan Haji Nasuha mengenai khasiat herba daripada seluruh dunia yang boleh didapati di Taman Herba Nasuha. Peserta turut berpeluang melawat ke taman tersebut yang berkeluasan 3200 ekar.











PELANCARAN PROGRAM NILAM & KEMPEN MENDERMA BUKU

Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku telah diadakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Dewan Seri pada pukul 7.30 pagi . Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis dan tayangan multimedia tentang kepentingan membaca. Di samping itu juga, Pengerusi Majlis telah menguar-uarkan tentang Kempen Derma Buku yang diadakan oleh pihak Pusat Sumber bagi tujuan menambah bilangan buku di Pusat Sumber. Pada pagi itu juga, pelajar-pelajar telah membuat persembahan “gimik” pelancaran Program NILAM dengan mengumpulkan buku-buku yang didermakan oleh para pentadbir dan guru-guru. Pada akhirnya dipertontonkan kepada semua warga sekolah tentang barangan berharga yang dicari-cari iaitu Buku NILAM.

Selepas persembahan “gimik” yang begitu menghiburkan daripada pelajar, Puan Pengetua telah dijemput untuk meramikan Pelancaran Program NILAM dan Kempen Menderma Buku Tahun 2012. Puan Pengetua begitu berharap agar budaya membaca dapat diterapkan dalam diri semua warga sekolah kerana budaya ini akan melahirkan generasi yang berilmu dan seterusnya memajukan sesebuah sekolah dan Negara. Beliau juga menyarankan agar semua warga sekolah memanfaatkan masa terluang dengan budaya membaca kerana membaca merupakan jambatan ilmu.Sepanjang majlis pelancaran diadakan, semua pelajar telah dimaklumkan tentang tugas mereka untuk menambah bilangan buku yang dibaca supaya dapat dicatatkan dalam buku NILAM. Pihak Pusat Sumber Sekolah mengharapkan agar pelancaran yang telah dilangsungkan itu dapat menambahkan bilangan buku yang diderma oleh warga sekolah di samping peningkatan jumlah buku yang dibaca oleh semua pelajar.